Mengenai Kami

Assalamualaikum W.B.T.
Apakah yang menjadi inspirasi kewujudan blog ini?
Syukur ke hadrat Illahi di atas keizinan-Nya, telah mempermudahkan Ratu Chantek bermula dan berkembang sedikit demi sedikit bermula dari tahun 2006.  Sesungguhnya, hanya dengan kekuasaan Allah Subhanuwataala sahaja, sesuatu itu akan terlaksana.  Bermula dengan 2 rekaan Fesyen Muslimah dari Ratu Chantek yang pertama, iaitu Fesyen Baju Kipas Pisang dan Fesyen Seluar Palazo yang mempunyai pelbagai inspirasi corak juga warna yang memukau hati dan fikiran sesiapa yang memakainya.  Keluaran pertama Ratu Chantek sungguh mengkagumkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.  Pelanggan-pelanggan adalah terdiri dari golongan korporat, surirumah tangga, pekerja sektor kerajaan atau swasta serta golongan remaja kerana ia menampilkan imej yang cukup sopan, anggun, bergaya serta ukurannya kelihatan sungguh menarik.  Penampilan yang sungguh diyakini dan bangga dengan cara penampilan sebagai muslimah.
Pada tahun 2007, peminat-peminat Ratu Chantek yang selama ini menjadi pelanggan setia telah meminta pereka kami membuat fesyen terbaru.  Atas kesedian mereka semua, pihak Ratu Chantek tidak mahu menghampakan harapan peminat kami dengan mengeluarkan pelbagai fesyen rekaan terbaru yang lebih menarik.  Pada masa yang sama juga, pihak Ratu Chantek telah mula membuat jualan dan promosi terbuka kepada pelanggan di Giant Taman Permata, Ulu Kelang, Selangor.
Berlanjut ke tahun 2008,  Ratu Chantek telah membuka sebuah lagi outlet promosi di Tesco Selayang dan kemudiannya pada tahun 2010, outlet tersebut digantikan oleh outlet di Giant Batu Caves. Selepas penutupan di Tesco Selayang, pihak Ratu Chantek tidak lagi membekalkan mahupun menjual sebarang produk fesyen Ratu Chantek di Tesco Selayang. Sebarang pengakuan penjualan jenama Ratu Chantek selepas itu adalah sama sekali BUKAN rekaan Ratu Chantek.  Sebagai pengeluar fesyen yang ekslusif, pihak Ratu Chantek amat berhati-hati dalam setiap pengeluaran produk dan rekaan demi menjaga kualiti dan tidak mahu menghampakan harapan menggemar busana muslimah yang trendy.